The tradition & historical record
3 min read · 2 sourcesSeksualiti Merdeka 2011 dengan slogan "Queer Without Feer" dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia mulai 1-13 November 2011 di Galeri Annexe, Kuala Lumpur. Ia merupakan acara tahunan sejak 2008, dijayakan oleh artis, aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara acaranya ialah forum, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee mahu Perdana Menteri Najib Razak menunaikan janjinya ketika berada di Australia. Najib berkata dalam akhbar Sydney Morning Herald pada 27 Oktober 2011 tentang Malaysia ialah negara demokrasi yang progresif dan bukannya penindas pelarian dan pencari suaka dan sepatutnya juga melindungi minoriti seksualiti. Mereka menuntut pengiktirafan kerajaan dan masyarakat Malaysia kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), bukan sahaja mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia. Pada 4 November, polis telah mengharamkan program ini kerana mempromosikan seks bebas, berkuat kuasa serta-merta berikutan bantahan meluas pelbagai pihak. 1
Bantahan
Banyak pihak daripada NGO Islam membantah penganjuran pesta ini. Pada 2 November 2011, setiausaha Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Dr Mohd Roslan Mohd Nor membuat laporan polis di di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur. Tindakan penganjur, penaja dan penyokong hendak menjayakan "agenda gerakan homoseksual" di Malaysia sejak 2008 sebagai biadap. ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-Hidayah, Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM. Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyatakan pendirian tegas membantah LGBT. ACCIN mendakwa LGBT sengaja mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta boleh mengancam ketenteraman dan kemanan negara. Dr Mohd Roslan yang juga setiausaha agung PUM mendakwa penganjuran program ini berkeinginan "mencabar kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apabila Islam sebagai agama persekutuan, ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong." Dia juga menyatakan bantahannya berdasarkan Artikel 25 Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam. 1
Pendirian Pakatan Rakyat
Pada 9 November 2011, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan Perkasa yang tidak lantang dengan keruntuhan akhlak dan kebejatan moral. Perkasa dikatakan tidak bising terhadap kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman. Perkasa mencerca Ambiga sebagai 'dajal' tetapi bagaimana dengan Datin Paduka Marina Mahathir yang pernah merasmikan Seksualiti Merdeka 2008. Bapanya Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Perkasa pada 2009 dan menjadi penaung pertubuhan itu. 1
Siasatan polis
Polis menyiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis dan laporan diserahkan kepada Peguam Negara untuk pendakwaan. Polis merekodkan keterangan daripada lebih 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta. Antaranya daripada bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga; Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee; aktivis wanita, Maria Chin Abdullah serta Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez. 1
Pautan luar
Blog Rasmi Seksualiti Merdeka Diarkibkan 2011-11-18 di Wayback Machine 1
The text above is adapted from the Wikipedia article “Seksualiti Merdeka 2011”, available under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 licence. 1
Seksualiti Merdeka 2011 is 2011 sexuality rights festival, according to the structured record cited below. This entry was generated automatically from that record and has not yet been reviewed by a person familiar with the tradition. 2